KENAPA AKU DIUJI?

KENAPA AKU DIUJI?

• Surah Al-Ankabut ayat 2-3

•Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orangyang dusta.

KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKUIDAM-IDAMKAN?• Surah Al-Baqarah ayat 216

• Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?• Surah Al-Baqarah ayat 286

• Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

RASA FRUSTASI?• Surah Al-Imran ayat 139

• Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?• Surah Al-Imran ayat 200

• Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?• Surah Al-Baqarah ayat 45

• Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?• Surah At-Taubah ayat 111Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka.

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?• Surah At-Taubah ayat 129

• Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal

AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!• Surah Yusuf ayat 87

• dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.

Surah An-Nisaa' ayat 86

• Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah(dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu.

Diary Seorang Isteri

Saya rela undur diri untuk lihat dia bahagia
Diary Seorang Isteri (CONFIRM MENANGIS!)

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.
"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati .

Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa.

Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.
Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri .

"Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju.

Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama.

"Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga.

Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong.

Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan.

"Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi.

Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil...

"Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum.
Abang,
Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.
Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.
Wassalam.

Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa

Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri.

"Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH.

Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis.

"YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....

fikirkan......

marilah kita menghayati, apakah yang tersirat melalui penceritaan yang akan kita baca dengan penuh perasaan dan membuat penghayatan yang mendalam didalam kehidupan kita seharian.
Ada seekor anak singa yang tersesat di belantara.Kemudian anak singa tersebut telah dijumpai oleh seekor ibu kambing. Kerana sifat ibu yang penuh kasih sayang,lalu dijaga anak singa itu seperti anaknya sendiri.
Hari demi hari berlalu hingga tidak sedar anak singa itu semakin membesar dalam jagaan si ibu kambing. kawan sepermainan juga dari warga kambing. Namun,rupanya gah seperti singa yang menjadi raja rimba namun ada sesuatu yang tidak kena, apakah dia?
Suatu hari, seekor singa dapat mengepung sekumpulan kambing yang sedang mencari makanan untuk dimakan. Dalam sekumpulan kambing itu terdapat anak singa tersebut. Lalu ibu kambing itu menyuruh anak kambing tersebut melawan singa tersebut. Kerana ingin membalas jasa sang ibu yang menjaganya,maka keluarlah anak singa tersebut cuba menyelamatkan ‘kamu keluarganya’.
Apa yang terjadi?
Singa tersebut terkejut apabila terpandangkan seekor anak singa yang keluar dari celah-celah kumpulan kambing tersebut.Hatinya tertanya-tanya, apa yang dibuat oleh anak singa tersebut? Sementelahan pula, anak singa itu keluar, lalu cuba melawan singa tersebut. Dia mengaum sekaut hatinya tetapi yang keluar hanyalah…
Emmmmbeeekkk!!!..emmmmbekkkk !!! Eh, kenapa anak singa itu tidak boleh mengaum,tetapi mengembek? Singa yang cuba mahu dilawan itu terkejut bukan kepalang. Lalu berkata dia kepada anak singa tersebut,
“Kau memalukan warga diraja rimba sahaja, berkelakuan seperti kambing malahan tidak pandai pula mengaum hebat dan gerun seperti aku “Siapa kata aku adalah keturunan kau? Ini ibu aku, aku dari kalangan mereka,” jawab si anak singa sambil menunjuk kepada si ibu kambing. “Ah,kalau kau tak percaya, mari sini aku tunjukkan pada kau siapa dirimu yang sebenarnya,” balas sang singa pula.
Lalu dibawa anak singa itu ke sebuah sungai. Ditunjukkan pada anak singa itu wajahnya yang sebenar. “Nah,lihat muka kau,bukankah sama dengan aku? Tidak sama langsung dengan ibu kau. Bagaimana kau boleh mengatakan bahawa kau adalah dari golongan mereka?” kata sang singa.
“Benar,rupanya aku adalah seekor singa,keturunan warga diraja rimba. Aku bukanlah seekor kambing rupanya.” Setelah menyedari hakikat tersebut, maka tinggallah si anak singa bersama kumpulannya kembali dan menjadi anak singa yang hebat dan pastinya boleh mengaum bukan mengembek lagi.
MENTALITI PERLU DIANJAK

Hakikatnya kisah si anak singa itu tidak lari jauh dari simbolik kehidupan masyarakat Islam kini. Pemikiran kita sudah lama dipenjara sedemikian rupa. Sebenarnya kita hebat,kita cukup kuat malahan kita adalah khalifah di bumi Allah ini,tapi realiti sekarang menunjukkan kita hanya pandai mengembek dari pandai mengaum. Justeru itu, tidak ada sesiapa yang takut malahan berani mempermain dan mencaci masyarakat kita pula.
Perlunya ada penyedar yang sebenarnya kita adalah masyarakat Islam yang cukup kuat. Tetapi berapa banyak petunjuk dan penyedar telah Allah berikan tetapi kita sia-siakan? Melihat sesuatu itu tanpa memandang secara berhikmah menyebabkan kita lalai dan leka. Kita sebenarnya semakin tenggelam dalam dunia sendiri. Perlunya anjakan paradigma untuk mengubah suasana yang terlalu selesa. Bukan bermakna kita perlu menjadi miskin selepas kaya tetapi berani mendepani cabaran yang dicipta sendiri.
Ramai masyarakat kita khususnya kaum Melayu Islam yang begitu selesa hingga menjadi tidak produktif dan proaktif. Sudah punya sebuah kereta, sebiji rumah, pendapatan yang mencukupi itu sudah sempurna dan selesa. Bukan bermakna tidak reti bersyukur atau apa-apa tetapi hidup yang kita yang berada dalam zon selesa itu menyebabkan kita malas untuk bergerak ke zon yang lebih mencabar, makanya kita makin akan makin terpuruk lemah dan kaku.
Teorinya kita boleh maju kerana penduduk Islam lebih banyak dari masyarakat lain. Tetapi praktikalnya kita adalah masyarakat yang masih mengharap bantuan dan dokongan dari negara lain. Ekonomi negara kalau tiada pelabur asing, maka jatuh terlentanglah kita. Tidak mampu untuk berdiri atas kaki sendiri merupakan suatu kerugian yang maha besar hingga mampu membunuh ketamadunan sendiri.
MERDEKAKAN DIRI SENDIRI
Samuel Smiles mengawalinya dengan gagasan atau pikiran. Tanamlah gagasan, petiklah tindakan. Tanamlah tindakan, petiklah kebiasaan. Tanamlah kebiasaan, petiklah watak. Tanamlah watak, petiklah nasib. (rujukan Internet)
Tiada siapa mahu menjadi nasib seperti anak singa tersebut,namun dalam rasa tidak mahu itulah sebenarnya kita terperangkap dalam identiti sendiri. Kitalah sebenarnya raja tetapi kita juga yang menjadi hamba. Hamba yang mula hilang budaya,bahasa serta nilai murninya. Saya memberi contoh. Jika benar kita ini adalah bangsa yang merdeka, lihat cara pemakaian kita, lihat pula gaya bahasa yang dituturkan malahan tingkah kita adakah mencerminkan kita ini adalah bangsa yang benar-benar MERDEKA?
“Saya sangat menghargai kemerdekaan negara kita, setiap tahun saya takkan miss punya lah untuk datang meraikan sambutan kemerdekaan di dataran. Ada konsert-konsert artis yang menyanyikan lagu patiotik ni,” kata seorang remaja yang dikatakan sangat menghargai kemerdekaan negara. itu baru satu daripada contoh yang saban kali kita dengari tetapai bagaimana pula dengan beratus ratus lagi jawapan yang berkisar pada kejatian diri pada diri setiap anak muda yang ada didalam negara kita ini.
Namun begitu, apa gunanya jika hanya negara kita yang merdeka, jika pemikiran dan jiwa kita masih belum merdeka. Masih lagi ramai yang mempunyai jiwa yang penuh dengan ketakutan, kegelisahan dan rasa tertekan. . Masih ramai, malahan majoriti masih lagi mempunyai Jiwa yang masih dijajah,malahan yang amat memalukan ialah, jiwa kita dijajah oleh salah satu komponen yang dimiliki oleh diri kita iaitu emosi.Siapa yang lebih hebat? Anda atau emosi?.
Alangkah malunya jika satu kuasa besar dijajah oleh kuasa kecil yang sepatutnya dikawal oleh kuasa yang dijajah .
Adakah kita sedar, apakah yang patut dan wajib kita takut? Adakah kita perlu takut pada kesusahan? Adakah kita perlu takut pada tekanan, kemiskinan dan adakah kita perlu takut jika hidup kita tanpa wang. Adakah wang itu Tuhan kita? Sudah tentu tidak, adakah kesusahan itu boleh mengambil nyawa kita? Sekali lagi sudah tentu tidak. Jadi keluarkan lah jiwa dan minda anda dari terus dijajah
Jika dinilai secara objektif, hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah masyarakat kini masih terbudaya dengan nilai yang ditinggalkan penjajah. Malah rakyat khususnya generasi pasca kemerdekaan seolah-olah masih terbelenggu dengan mentaliti jiwa hamba hingga kadangkala begitu mendewakan bekas tuannya yang secara zahir sudah lama meninggalkan daerah penjajahan mereka.
Pemikiran dan perasaaan sebahagian masyarakat seringkali termomok dengan kehebatan dan keunggulan budaya dan nilai bekas tuannya hingga menjadi kayu ukur utama dalam membuat penilaian dan perbandingan. Penyimpangan orientasi pemikiran sebeginilah yang akhirnya memudahkan penjajahan bentuk baru yang cuba merubah cara hidup dan paradigma pemikiran rakyat secara disedari atau tidak.
Apa yang lebih membimbangkan generasi muda selaku pewaris kemerdekaan negara adalah golongan yang paling terdedah kepada pelbagai bentuk penjajahan budaya kini. Lihat saja anak muda kini dengan pelbagai gaya dan watak yang menggunakan pelbagai istilah seperti Generation X, Yuppies, Punk, Hip-Hop yang berteraskan nilai dan budaya hedonistik Barat bersemboyankan keseronokan rakus tanpa batasan mahupun ikatan agama dan adat resam.
Tidak hairanlah sejak akhir-akhir ini kedengaran pelbagai gejala keruntuhan moral yang semakin serius dikalangan anak-anak muda seperti gejala seks bebas, anak tidak lagi menghormati orang tua, pelajar mengugut guru, malah remaja sanggup melakukan apa sahaja sehingga ke tahap membunuh dan mencederakan sesiapa sahaja yang didendami demi memuaskan gelojak nafsu yang tidak terbimbing dengan prinsip tauhid dan nilai-nilai keinsanan.Jawapan dan jalan keluar kepada segala kemelut dan krisis nilai yang begitu gawat kini hanya mampu ditangani jika kita kembali kepada nilai teras yang mendasari umat Melayu sebelum penjajahan..
Jika itu definisi anak muda sekarang, sungguh merugi masyarakat kini. Mereka adalah bakal pemimpin, tetapi jika minda mereka sudah dibentuk sedemikian rupa, tiada upaya untuk mengelakkan negara kita dijajah dalam erti kemerdekaan. identiti yang semakin hilang lenyap kerana tangan manusia itu sendiri. Orientasi keilmuan yang dinamik akan menjadikan mereka bukan sahaja generasi pewaris negara yang mempunyai keupayaan intelektual dan ketajaman analisis namun akal budi sentiasa terikat dengan norma tauhid dan nilai keinsanan sejati.
Sebab itulah kemerdekaan hakiki adalah kemerdekaan yang membebaskan jiwa dan pemikiran daripada belenggu penjajahan. Kemerdekaan sejati adalah kemerdekaan yang menjana generasi pewaris yang mempunyai kekuatan daya saing, daya juang dan daya saring yang tinggi hingga mampu menjadi umat berjiwa besar untuk membina tamadun bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Ingatlah, dalam mengenang kemerdekaan kita ini, renungkan firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah nasibnya. (Q.S. Ar Ra’du:11).”

2 CERITA MALAM JUMAAT...

Cerita 1
Mat baru balik dari surau, dengar sharahan ugama. Guru kata, sekali kita "bersama" dengan isteri kita malam Jumaat, macam kita bunuh sorang kapir dalam perang fi-sabilillah. Mat dengan bersemangat balik memberitahu isterinya, Kiah. Kiah mengangguk-angguk tanda faham. Jam dah pukul 10.00 malam. Che Mat bersuara,"Eh malam ni malam Jumaat kan Kiah. Jom kita bunoh kapir." Kiah mengangguk. Mereka terus masuk bilik. Setelah membunoh seorang kapir, mereka tertidur keletihan. Jam 1.30 pagi,Mat terjaga. Melihat kiah masih tidur, Mat mengejutkannya,"Kiah..Kiah,
jom kita bunoh sorang lagi kapir." Maka sorang lagi kapir dibunoh. Pukul 3.30 pagi, sorang kapir lagi dibunoh... hebat tu. Dah 3 orang kapir dibunoh, Mat terus tertidur mati. Jam 5.00 Kiah
terjaga. Kiah terpikir,"Orang yang ajak bunoh kapir, tentu banyak lagi pahala." Lalu Kiah terus mengejutkan Mat. "Abang.. bang, jom kita bunoh sorang lagi kapir sebelum suboh ni.." Mat terus terlentok keletihan. Kiah terus mengajaknya bunoh kapir. Lama-lama Mat pun bangun sambil menggaru-garu kepala. Nak buat macamana. Kiah dah ajak. Hati kecil berbisik, "Kalau macam ni, bukan kapir saja yang mampos, aku pun boleh mampos". Meskipun perjuangan kian lemah, Mat dan Kiah berjaya membunoh seorang lagi kapir sebelum suboh
menjelang..........
Ni bagi yang dah kahwin je, yg belum kawin tu, jangan tunggu lama-lama, wakakaka

Cerita 2
Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya,
dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran
paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak:
empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu.
“Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat” kata Kasim pada Ani, isterinya
yang sedang menyusu anak bongsu mereka.
“Tak boleh bang. Sebab anak-anak kita masih belum tidur, nanti saya
tidurkan mereka dulu.”
“Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran”
balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapatkan
songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia
untuk memulakan kerja ibadahnya?
“BISMILLAHHIRROHMANIRROHIM”
“Bang…!! Anak dah tidur” Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa
khabar baik kepadanya dalam jangkamasa yang begitu singkat.
” SODAQALLAHUL’AZEEM “
Tu la dahsyatnya malam Jumaat..

Blogger Templates by Blog Forum